Thursday, November 16, 2017

Sultan Abdul Halim KEDAH

Berikut video Filem Negara Malaysia tentang Pertabalan Sultan Abdul Hali sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959



Pada sekitar jam 2.30 Isnin 11 September 2017 Sultan Kedah telah mangkat.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat
Astro Awani | Diterbitkan pada September 11, 2017 18:23 MYT
   

Sultan Kedah mangkat pada jam 2.30 petang Isnin.
KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan mengenai khabar dukacita itu di Wisma Darul Aman sekitar jam 6.30 petang tadi.

Menurut beliau, jenazah Almarhum akan disembahyangkan pada Selasa (12 September) jam 10.30 pagi dan seterusnya istiadat penghormatan terakhir di Istana Anak Bukit akan dimulakan pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Seterusnya, pengiringan jenazah akan melalui Lebuhraya Darul Aman, Jalan Tun Razak dan terus ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada jam 4 petang.

Selain itu, Ahmad Bashah antara lain turut memberitahu, bendera Negeri dan Persekutuan serta bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga mulai hari ini.

Tambah Ahmad Bashah, tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 September 2017.

Sementara itu, hari Selasa (12 September) juga diisytiharkan sebagai cuti kelepasan am, bagi seluruh negeri Kedah, kecuali bagi mereka yang menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Almarhum baginda dilahirkan pada 28 November 1927 ialah anakanda ketiga Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Monday, November 13, 2017

Sunday, October 22, 2017

Kenduri Walimatul Urus Zanol Rashid

Pada 21 Oktober 2017, bertempat di Dewan LHDN, Sungai Petani, Kedah, sdra Zanol Rashid telah mengadakan kenduri walimatul urus. Beberapa sahabat sekuliah semasa mengambil ijazah undang-undang Universiti Malaya tahun 1979-1983 turut datang meraikannya (termasuk saya). Alhamdulillah dapat jmpa sahabat-sahabat lama...









Saturday, October 14, 2017

Kursus Memanfaat Kelebihan Diri

Pada 12 Oktober 2017, bertempat di Kompleks Penang Skill Development Center (PSDC), Bayan Baru, Pulau Pinang, saya mengendalikan Kursus Memanfaat Kelebihan Diri untuk 45 staf pelbagai agensi kerajaan di Pulau Pinang. Kursus ini anjuran Institut Integriti Pulau Pinang.








Sunday, September 24, 2017

Kisah Kucing Bernama Grewei

Pada suatu lewat petang dalam bulan Disember 2014, seekor kucing hitam, tiba-tiba muncul di hadapan rumah kami. Bila saya berada berhampirannya, dia mengiau dengan perlahan dan sayu...mungkin kelaparan, letih, kesejukan akibat basah, Apabila saya amati, ia kucing betina yang sarat mengandung. Saya mengambilnya dan membawanya ke dapur, dan memberikan ikan rebus yang digaul dengan nasi, dan meletakan sebekas air kosong. Dia makan dengan gelojoh, sampai tersekat-sekat kerongkongnya, dan ...tak lama kemudian, dia minum air.
Kucing ini jinak, dan manjer, walaupun sedikit kotor dan kurus. Mungkin ia kucing terbiar. Setelah selesai makan dan minum, dia bergerak ke arah satu sudut, dan baru saya perasan, matanya buta sebelah, dan jalannya hinjut-hijut...rupa-rupanya dia cacat kaki belakang kanan.....
Anak perempuan saya yang amat meminati kucing, dan kami belum ada kucing kerana baru berpindah dari tempat yang jauh, telah mengambilnya dan memandikannya dan mencuci badannya dengan syampu.
Semenjak hari itu, secara rasmi dia menjadi kucing peliharaan pertama kami setelah berhijrah ke situ.
Setiap hari kami ada tugas baru iaitu memberinya makan ...tapi hari-hari berikutnya dia makan tidak lagi segelojoh hari pertama kami temui
Makin hari dia semakin sihat. Sekitar 2 minggu kemudia dia melahirkan 4 anak. Kami namakan mereka, Itam (kerana hitam seperti ibunya), Grewei (kerana kelabu), Lang (kerana berbelang bertompok hitam putih), dan Teh (kerana puteh). Namun sekitar sebulan kemudian, Itam dan Teh telah hilang..dan tak lama kemudian, ibunya juga telah hilang. Puas kami mencari sekeling kawasan tempat tinggal kami, tapi hampa...
Tinggallah Grewei dan Lang. Kedua-duanya jantan. Pendekkan cerita, Lang dan Grewei makin membesar, sihat, dan gemuk. mereka menjadi penceria keluarga kami kerana keletah dan manjernya. Namun pada suatu pagi, Lang pulang dengan mengheret badan.. mungkin dipijak kenderaan, dan bila tiba di hadapan rumah, Lang terkulai, dan darah keluar dari mulutnya. Petang itu Lang mati...kami sekeluarga menitis air mata melihat kematiannya...


Tinggallah Grewei bersama kami sekitar 2 tahun setengah.




Dia menjadi sebahagian rakan mainan kami. Walaupun agak besar, nampah muka garang..tapi dia lemah lembut. tak pernah dia menggigit atau mencakar kami.. Namun semenjak akhir-akhir ini, dia kerap hilang dari rumah... Ya laaa...kucing jantan
Kami mula perasan tubuhnya mula terdapat tompok kudis... dan kami bawa dia ke Klinik Haiwan..suntik ubat, beri telan ubat, dan beri ubat sapu...
Namun penyakit itu semakin merebak, dan kali terakhir kami membawanya ke Klinik Haiwan adalah pada awal Jun 2017. Doktor memberitahu, penyakit itu tidak dapat diubati.
Kami membawa Grewei pulang dengan sedih. Kami bawa pula ke Klinik Haiwan yang lain, namun jawapannya sama, dan Doktor menasihatkan Grewei dimatikan.
Sekali lagi kami membawanya pulang, cuba memberikannya ubat sapu pelbagai jenis dan ubat telan yang Klinik Haiwan berikan...
Namun lepas itu Grewei hilang lagi..., dan pada awal pagi 1 Ogos 2017, dia muncul dengan lemah dan tubuhnya penuh dengan kudis dan berbau busuk dan mengidap penyakit Sporo atau Sporotrichosis..Dia mengiau perlahaaaaan sangat..Kami berikan dia makannan khas kucing, tapi dia tak mau makan, dan cuma menjilat sedikit air susu
Kami membawanya sekali lagi ke Klinik Haiwan, dan dengan tegas Doktor berkenaan menasihati kami agar mematikan Grewei dengan segera, demi mengelakkan dia menanggung derita, dan mengelakkan penyakit berkenaan berjangkit kepada manusia dan haiwan lain.
Maka dengan amat berat hati, kami bersetuju Grewei ditamatkan hayatnya...
Maka pada petang 1 Ogos 2017, Grewei meninggalkan kami....
Inilah sekujur tubuh Grewei yang telah hilang nyawanya...

Semoga Grewei menjadi peneman kami di alam barzakh dan di Jannah. InsyaAllah....

Tuesday, September 19, 2017

Hajaral Aswad

Salah satu elemen di bangunan Kaabah adalah hajaral Aswad. Ia mempunyai cerita hebat yang tersendiri. Seorang sahabat mengirimkan video berikut kepada saya (Kredit kepada pemilik asal video):


Berikut pemandangan kawasan Kaabah waktu malam (tahun 2017)(Kredit kepada pemilik asal gambar):